Search This Blog

Sunday 28 June 2015

Kari ikan merah

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak update blog.. Kdg bz kdg free.. Time free rasa nk rest je.. Mls nak taip2 ni..

Ini cerita beberapa hari lepas.. Saje nak share supaya resepi ni xilang..

Resepi ni kaksu yg ajarkan.. Dulu beberapa thn lps penah wt kari.. Tp xjadi.. Lain mcm je rasa.. Hope kali ni menjadi.. Berdebar gak nk wt yela bln puasa.. Nak rasa xbleh.. Pastu abg ipar n wife ada plak.. Biras pandai msk.. Huhu.. Rasa malu lak kita yg xpndai msk ni.. Tp teruskan gak masak kari sbb hubby dh request lama dh..

Bahan tumis
4 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
Daun kari 2 tangkai
Halba campur

Bahan kisar
Serbuk kari ikan
3 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg putih - tumbuk

Bahan lain
1 ekor ikan merah
Tomato
Bendi
Santan
Air

Air asam jawa atau asam keping

Cara
Tumis bhn hiris sehingga naik bau.. Kemudian masukkn bahan kisar bersama serbuk kari yg dibancuh dgn air sedikit.. Masak sehingga pecah minyak.masukkan air asam jawa.
Masukkan air sedikit. Kemudian santan. Bila dh mendidih masukkn ikan.. Masak sekejap kemudian masuk bendi last skali masuk tomato.. Then siap..

Alhamdulilah menjadi.. So lps ni bersemangat nk masak utk en hubby.. Yela dh jdi suri rumah kan..
Akif pun dh makin besar nk msuk 8m.. Xlama lg bleh jln la dia.. Dia dh mula bertatih.. Alhamdulilah Allah swt permudahkan dia.. Moga dia cpt belajar.. Amin

Thursday 12 March 2015

Apa perlu buat jika bayi sakit

Assalamualaikum wbt

Rasanya dh lama tak berblogger.. sibuk menguruskan anak yang sakit..
Pada saat anak sakit ia merupakan cabaran yang sangat besar buat saya sebagai ibu baharu. Lagipun suami terpaksa keluar outstation di sibu selama 2 minggu..
Macam2 cara yang saya buat untuk meringankan sakit anak saya
Antaranya:
1) kaedah stim (yang ni boleh cari dalam google) sedikit klu saya gunakan air panas campur bawang putih dan hadapkan muka baby ke dalam besen yang mengandungi air panas.. kemudian tepuk belakang baby sampai dia muntahkan kahak
2) campurkan minyak zaitun bersama bawang putih dan lemon. Sapu di dada, belakang dan tapak kaki baby
3)jerlung kepala baby dengan air lemon. Jangan biarkan kepala baby panas
4) sentiasa sedut hingus baby supaya tidak tersumbat
5) letakkan hirisan bawang besar dalam bilik. Bawang besar dikatakan boleh menyerap virus. InshaAllah berkesan
6) mandikan baby 3x sehari
7) jangan selimutkan baby takut nanti haba terperangkap boleh menyebabkab sawan
8) bawa baby nap d klinik yang terdekat. Cairkan kahak boleh membantu menyembuhkan selsema
9) pastikan aliran udara di rumah bersih dan segar
10) sentiasa mengawasi bayi jangan biarkan dia menangis terlalu lama. Sentiasa menyusukan bayi.. susu ibu dikatakan mengandungi antibiotik.

Semua perkara di atas saya lakukan.. alhamdulilah akif sekarang dah sihat.. hanya kurang dari seminggu demam, batuk dan selsema dah hilang. Jika kita berusaha bersungguh2 menjaga bayi.. inshaAllah dia akan cepat sihat.. terima kasih kepada kawan2 yang bagi tip2 tersebut.

Selamat mencuba ibu2..

Wednesday 25 February 2015

Bagaimana meransang otak bayi

Assalamualaikum wbt

Memiliki seorang anak yang bijak pandai memang menjadi impian setiap ibu.. begitu juga saya.. sejak disahkan mengandung lagi saya telah mula meransang otaknya.. menurut kajian pemakanan dan tingkah laku semasa hamil amat mempengaruhi otak dan sikap bayi setelah dilahirkan...oleh itu saya mengamalkan buah kurma, kekacang, buahan dan sayuran sebagai makanan utama pada awal trimester.. (makanan tu je yg tekak ni terima masuk.. huhu) selain pemakanan sikap dan tingkah laku saya jaga seeloknya.. saya sentiasa berfikiran positif walaupun kadang2 emosi agak terganggu ekoran bebanan kerja yang tak pernah abis kt ofis tu dan juga terpaksa melayan pelbagai karenah staf.. saya akan cepat2 sejukkan api kemarahan.. petua tersebut saya pegang seukuhnya.. bukan itu sahaja, semasa hamil kita digalakkan membuat ulangkaji pelajaran matematik.. hal ini dapat meransang otak bayi selain daripada banyak membaca buku2 ilmiah dan info2 semasa.. saya berusaha inshaAllah anak saya akan menjadi seorang yang cepat belajar..

Kenapa kita disarankan untuk meransang otak bayi?
Bayi dikurniakan Allah swt berjuta2 sel2 otak yang berhubung.. sel2 otak tersebut akan berkembang pesat dan mencapai kemuncak sehingga bayi berumur 3 tahun.. menurut kajian ketika kandungan usia 6 bulan.. bayi dapat merasai apa yang berlaku disekelilingnya.. sehingga mencapai umur 3 tahun kemampuan otak dapat dioptimakan sekiranya mendapat ransangan yang baik.. oleh itu semasa dalam kandungan hendaklah kita mengambil nutrisi yang mampu meransang otak bayi.. selain itu juga, kita disarankan agar sentiasa berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan.. gunakan bahasa yang lembut dan sering berkata yang baik2 sahaja.. kita juga boleh meminta supaya bayi akan menjadi seorang yang soleh/solehah.. kata2 itu kan doa.. inshaAllah bayi dapat mendengar dan apabila telah dilahirkan besar kelak dia akan menjadi seorang anak yang taat..

Saya mendapat sedikit info mengenai bagaimana untuk meransang otak bayi
1) melakukan urutan santai. Bagaimana dikatakan urutan mampu meransang otak bayi? Urutan yang lembut dapat menerbitkan rasa kasih sayang yang mendalam terhadap bayi.. bayi akan berasa tenang dan gembira.. oleh itu sel2 otak akan mula berhubung
2) melakukan senaman ringan. Anda boleh cuba mengerakkan tangan dan kaki bayi.. sebagai contoh gerakan tangan bayi menyilang dan ulangi sebanyak 4 kali.. tujuan senaman adalah untuk memastikan fizikal bayi berfungsi dengan baik
3) sentiasa berbicara dengan bayi. Di sini bayi akan dapat mengenal pasti pola percakapan ibu bapa mereka.
4) gaya percakapan yang mempunyai inotasi tertentu dapat meransang otak bayi. Sekiranya ibu bapa ingin anak bercakap dalam bahasa inggeris dan melayu.. bercakaplah dengan bayi dalam dua bahasa tersebut.. bayi dapat mempelajari dengan lebih cepat sekiranya kita sentiasa bertutur dengannya
5) alunan musik yang lembut mampu meransang otak bayi. Sentiasa lah memperdengarkan bayi dengan bacaan al quran dan alunan zikir2 dan nasyid yang merdu.. ini dapat menenangkan mereka sekaligus membiasakan mereka supaya dapat menghafal dengan baik kelak
6) tunjukkan gambar2 yang mempunyai kaitan dengan kehidupan.. gambar2 tersebut yang berwarna dapat meransang otak mereka
7) sentiasa mengubah kedudukan bayi setiap 30 minit supaya bayi dapat belajar dan melihat keadaan sekelilingnya
8) bawa bayi keluar melihat keindahan alam dan makhluk sekitarnya. Tunjukkan padanya dan namakan sesuatu benda itu kepadanya.. bayi dapat mengingatinya
9) memeluk dan menyentuh bayi sekerapnya. Dengan sentuhan dan pelukan dapat menunjukkan rasa kasih sayang terhadap bayi.. rasa kasih ini dapat meransang otak bayi yang selesa
10) sentiasa lah bermain dengan bayi.. bayi amat gemar sekiranya ada orang yang bermain dengannya.. boleh juga melakukan senaman ketika bermain dengannya

Berdasarkan tip2 tersebut.. apa yang penting di sini bayi hendaklah berada dalam keadaan gembira dan selesa.. mereka sering mengajak kita berbual2 dan sentiasa tersenyum.. keadaan itu mampu meransang sel2 otak bayi.. inshaAllah kalau diamalkan dapat meransang  perkembangan otak bayi. Banyak2 berdoa kepada Allah swt.. bukan semua bayi akan ikut ibubapanya yang bijak pandai sekiranya otaknya tidak diransang

Dengan segala kudrat yang ada saya akan manfaatkan info2 ini.. nasihat serta tunjuk ajar dari orang tua akan saya praktikkan supaya anak saya menjadi seorang yang bijak..
Sama2 la kita ibu2 mempraktikkan inshaAllah anak2 akan menjadi seorang cerdik.
Amin

Monday 23 February 2015

Simpton bayi tumbuh gigi

Assalamualaikum wbt

Hari ini genap seminggu saya dan akif zhafran berpindah mengikut suami tinggal di kompleks maritim wilayah sarawak.. alhamdulilah perjalanan menaiki flight berjalan lancar.. akif tak meragam sangat.. lepas menyusukan dia terus tido..
Mungkin rindu sangat kt kampung.. kami sekeluarga terkena virus selsema sampai sekarang xsembuh lagi.. pada mula nya kena selsema selepas pulang dari pos kereta di port klang.. tp tak seteruk sekarang ni.. akif pun nampak makin baik.. tp ummi nya yang makin teruk.. harap2 tak berjangkit semula kat akif.. susah kalau baby yang kena selsema.. setakat ni alhamdulilah akif dapat tido lena

Dan hari ini bermula la kisah kami akif dan ummi.. abi dh tinggalkan pegi sibu duty.. inshaAllah hari jumaat ni balik sekejap..

Erm.. akif ni susah la sebab dah biasa dimanjakan.. xpenah kena tinggal.. tinggal sekejap je dia dh menjerit.. saya risau dia sakit je lau nangis2.. susah nak buat keje camni.. harap2 akif akan faham jugak nanti..

Sebenarnya saya nak kongsi berkenaan bayi tumbuh gigi

Kenapa saya nak kongsi hal ni.. sebab ada terbaca satu post kt fb dalam group barang baby murah.. pasal bayi yang akan tumbuh gigi mengalani ketidakselesaan.. saya simpan sebagai langkah pencegahan sekiranya akif ada simpton nak tumbuh gigi.. caranya senang saja.. saya perlu bagi akif aiskrim susu ibu dengan menggunakan puting yang ada tudung.. masukkan susu ebm dalam tudung pacifier.. kemudian tutup dan simpan dalam freezer.. setelas keras boleh la dikeluarkan.. untuk mengeluarkan tudung alirkan air paip sekejap.. jangan terlalu lama takut aiskrim mencair..
Aiskrim susu ibu berperanan dapat mengurangkan ketidakselesaan bayi ketika proses tumbuh gigi..

Kemudian saya tertanya2 pada umur berapakah bayi akan tumbuh gigi.. saya mula mencari.. ada yang mengatakan 4-6 bulan bayi akan menunjukkan simptom
1) banyak mengeluarkan air liur
2) cepat marah kerana tidak selesa pada gusi
3) akan mengigit apa2 yang dicapainya
4) gusi bengkak
5) selalu kelihatan ingin makan

Alahai akif baru 3 1/2 bln takkan la dh nk tumbuh gigi.. tapi tak mustahil.. kerana sekarang akif dah boleh meniarap.. umur 3bln dah boleh meniarap.. alhamdulilah akif seorang yang cepat belajar.. kalau betul akif akan tumbuh gigi.. erm bersedialah.. abis nanti kena gigit..

Sekian entry saya pada kali ini.. harap ada yang dapat komen membina..

Assalamualaikum wbt

Saturday 7 February 2015

Cyst ketika kehamilan

Assalamualaikum..
mungkin anda tertanya2 kenapa saya menulis berkenaan dengan cyst.. apa kaitannya dengan saya?? Seorang sahabat karib saya yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga telah disahkan hamil 5 minggu.. alhamdulilah beliau bunting pelamin.. saya sangat bersyukur sahabat karib saya menemui kebahagiannye.. namun selepas beberapa hari selepas itu sahabat saya itu mengadu dia mengalami sakit perut yang teramat sangat.. pada mula nya saya ingatkan itu tanda2 awal kehamilan.. sebelum ini saya juga mengalami sakit perut seperti sengugut sebelum mengetahui yang saya telah hamil dan mengalami sedikit pendarahan sehingga usia kandungan berusia 3bulan.. namun berlainan dengan sahabat saya itu.. beliau mengadu sakit yang teramat sangat diikuti pendarahan yang banyak.. saya memaksa dia untuk membuat pemeriksaan doctor.. doctor memaklumkan bahawa terdapat cyst di bahagian ovari dan dikehendaki berjumpa pakar..

Saya tergerak hati untuk mengetahui serba sedikit berkenaan cyst.. wanita yang mengalami cyst ketika hamil adalah 1 dari 1000 wanita.. cyst ketika hamil tidak berbahaya sekiranya ia mengecil.. namun doctor menyarankan wanita hamil untuk melakukan pembedahan sekiranya cyst membesar sehingga 5cm.. ramai yang tidak mahu melakukan pembedahan walaupun telah dinasihatkan berkali-kali oleh doctor.. perkara ini harus ditanggung sendiri oleh wanita hamil sekiranya berlaku apa2 sepanjang kehamilan disebabkan oleh cyst..
Ini lah serba sedikit yang saya dapat info.. kalau nak diceritakan memang panjang.. dan saya bukan doktor untuk memahaminya dengan lebih mendalam.. cukuplah sekadar pengetahuan.. moga kawan baik saya itu sihat dan selamat dari cyst.. moga baby pun sihat2 sahaja.
Amin

Friday 31 October 2014

Resepi puding roti + sos kastard

Tetiba teringin nk mkn puding roti ngan sos kastard.. msa bln pose lau ada iftar kt hotel2.. benda pertama cari puding roti.. so mula la mengoogle n jumpa resepi yg senang ni.. tp lupa la kt blog mn.. cri2 xjmpa plak.. sbb resepinye senang diingt jom kita tgk pe resepinya.

Bahan puding roti
Roti butterscotch gardenia
Butter utk sapu kt roti dpn blkg n kt acuan
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya
Sapu roti ngan butter dpn blkg
Potong 4 n susun lam bekas thn panas.. (lau nk wt open house k better letak lam bekas kaca yg cantik)
Masukkn gula + telur + esen vanilla kacau sampai hancur gula
Masukkn susu cair n kacau rata
Kemudian tuangkn dlm bekas roti tdi
Kukus selama 20-25 min

Bahan utk sos kastard
1 cwn susu segar (guna low fat je)
1 sudu besar gula
1/2 sudu esen vanilla
2 sudu besar kastard

Cara membuatnya
Masukkan sume bhn tdi n kacau sehingga rata
Panaskn ats api sederhana sehingga mendidih
Sejukkn dlm peti sejuk (xsejukkn pun xpe)

Dh siap.. kitorg xsempat puding sejuk dh abis separuh.. huhu.. sedap sama cam kt hotel tu.. huhu.. rsa lemak2 sbb guna roti butterscotch. . Lau nk guna roti biasa pun bleh tp kna rendam ngan susu pastu blend.. camtu la kot nk bg roti rsa lemak..
Selamat mencuba kpd yg sudi singgah blog sy..

#sory pic xsempat snap sbb teruja sgt nk rsa.. abis sekali jeling jerk.. hahah

Saturday 25 October 2014

Sudahkah anda bersedia untuk bersara dgn keadaan ekonomi kini

Saya bersedia membantu anda untuk menguruskan sistem ekonomi anda bagi menampung keperluan bersara anda..
Wassup 0146917084
Jgn segan silu utk bertanya.. malu bertanya sesat jln..